Saturday, January 10, 2009

PETA LOKASI KURSUS FERTIGASI WILAYAH UTARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bagi anda yang akan menghadiri Kursus Fertigasi Wilayah Utara, sila klik ABI AGRO.

PETA LOKASI LADANG TAPAK 1 -CHENOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Disertakan di sini lokasi ladang Tapak 1 Chenor. Perjalanan dari Tol Chenor melalui Lebuhraya Pantai Timur memakan masa lebih kurang 15 minit. Anda akan melalui Kampung Awah menuju ke Kuantan (jalan lama). Masuk ke simpang kanan apabila tiba di simpang Chenor arah Jambatan Sultan Ahmad Shah. Anda perlu terus melalui bawah Jambatan Sultan Ahmad Shah dan menuju ke Kampung Sekara. Perhatian, jangan menaiki jambatan. Teruskan perjalanan dan masuk simpang kiri ke arah Kampung Sekara. Anda akan melalui Masjid Sekara di bahagian kirinya dan bahagian kanan anda adalah sawah padi. Teruskan perjalanan dalam 300 meter, perhatikan sebelah kiri anda sebuah kawasan fertigasi. Anda boleh meletakkan kenderaan di tepi jalan itu atau ke hadapan sedikit masuk ke lorong kecil (muat laluan satu kereta). Sebuah rumah kampung adalah tempat operasi ladang Agro Fast Forward Enterprise.

Sila zoom peta untuk butiran terperinci laluan.

Sila hubungi saya di 017-2388381 atau Azran di 017-6641804

Thursday, January 1, 2009

Peta Lokasi AFFE Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dipaparkan peta lokasi untuk ke Pejabat Urusan Agro Fast Forward Enterprise di Putrajaya. Sila Zoom in dan out untuk lebih jelas. 

Alamat Penuh: No 12 Jalan P11 K/8 Presint 11, 62300 Putrajaya.
Telefon : 017-2388381 (Faidzal aka En. Apai)

View Larger Map