Sunday, February 1, 2009

PETA KURSUS FERTIGASI WILAYAH TENGAH PUTRAJAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut adalah peta lokasi Kursus Fertigasi Wilayah Tengah yang diadakan di  Bilik Kelab- Dewan Serbaguna Presint 16, Jalan 16G, Putrajaya berhampiranALAMANDA.




Untuk ke Dewan Serbaguna Presint 16, tuan-tuan dan puan-puan perlu melalui Persiaran Sultan Salahudin Abd Aziz Shah dan masuk ke Lebuh Perdana Selatan dan memasuki simpang ke Presint 16 

ataupun 

melalui Persiaran Timur dan masuk ke Lebuh Perdana Timur terus melalui ALAMANDA Putrajaya dan menghala ke Presint 16. Apabila tiba di Presint 16, ikut aran ke Kompleks Kejiranan Presint 16 iaitu terletak di bahagian belakang Stesyen Minyak Petronas, Eon Bank Bhd dan berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 16. Tempak letak kereta disediakan di bahagian bawah bangunan "basement". Sekiranya kurang kepastian, cari arah ke ALAMANDA Putrajaya dan Presint 16 adalah dibelakangnya. 

Pendaftaran peserta akan dibuka mulai pukul 8.30 pagi. Sekiranya terdapat masalah untuk mencari lokasi, sila hubungi saya di 017-2388381.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment